* Maksud "modal" . Menurut kamus Dewan ialah sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu yang lain . Ia juga bermaksud kelebihan untuk yang memiliki. Pengertian lain ialah seuatu yang digunakan sebagai asas mengembangkan harta,
* Maksud "Insan" ialah insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan. Pembinaan Insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.
* Definisi penuh modal insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat institusi pengajian awam dan swasta untuk menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam sesebuah negara. Disebabkan itu golongan mahasiswa mahasiswi berintelektual sasaran utama dalam menjayakan rencana pembangunan ini . Dengan itu golongan tersebut diletakkan sebagai golongan pelapis yang mewarisi tanpuk pemerintahan negara.
OBJEKTIF.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa.
* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
* Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajian, prasarana dan kemudahan serta menetapkan guru yang berpengalaman di sekolah luar bandar.
* Membangunkan universiti serta kolej yang bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan diperingkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
* Menyediakan peluang pekerjaan dan akses kepada pendidikan kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
* Membangunkan masyarakat yang inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam sains dan teknologi maklumat yang kukuh serta memiliki kemampuan memperolehi dan menggunakan pengetahuan.
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni dan menghargai tradisi serta warisan.
FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN.
* Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot :
- disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung kepada buruh yang tidak mahir.
- pasaran buruh menjadi "kendur" dengan kadar pengangguran sekitar 3.1% .
* Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri:
- Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku.
* Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah:
- Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali.
- Ramai graduan yang kurang menguasai bahasa antarabangsa.
* "Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya , kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia , mempunyai hemah yang tinggi , berjiwa besar , cintakan negara dan mereka mempunya kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat , bersedia bekerja dengan kuat , bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi."
Perdana Menteri Malaysia ( Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)
* Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional. Oleh itu pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh RMK-9. Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi serta memiliki sikap , nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan , latihan pembelajaran sepanjang hayat.
* Video rujukan :
HALANGAN & CABARAN.
* Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan "bermodal insan".
- betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral yang sejati serta mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam usaha kita membina modal insan yang sebenar-benar insaniah.
* Masyarakat di Malaysia kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan .
- pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk hiburan kepada masyarakat. Hakikatnya ialah masyarakat cenderung untuk menyahut semua bentuk hiburan.
TERAS DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.
* Teras pembangunan modal insan bagi tujuan pembaikan dalam sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya menampakkan hasil yang berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.
LANGKAH-LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan , kreatif dan inovatif iaitu :
* Mempergiat usaha menarik bakat :
- menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2011 untuk menambah tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti.
- Pemberian insentif yang sesuai supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang kritikal seperti sains dan teknologi.
* Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti :
- RM6.4 billion disediakan untuk menaik taraf sekolah , asrama , kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
- Penubuhan projek skim insentif untuk menggalakkan guru-guru bekerja di kawasan luar bandar yang terpinggir. Ia meningkatkan bekalan guru terlatih.
* Memperkasa pendidikan awal:
- Kadar kemasukan prasekolah ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1700 kelas pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 orang guru prasekolah lepasan ijazah.
* Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
- sekolah agama,menengah kebangsaan cina,tamil,mubaligh akan terus diberi tumpuan.
- menyediakan bisiswa kepada guru yang melanjutkan pelajaran.
- mengambil 375 orang guru penuntur jati dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkatkan pengajaran bahasa inggeris.
- menubuhkan sekolah berperstasi tinggi dalam semua aspek.
* Mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan vokasional:
- menyediakan prospek kerjaya yang baik.
- jabatan pembangunan kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil institusi pengajian tinggi.
- mengubahsuai program pengajian di semua institusi tinggi dan latihan mengikut keperluaan semasa pembangunan ekonomi Negara.
* Memperkasa pengajian tinggi :
- Peratusan staf akademik berkelulusan Phd ditambah kepada 75 peratus bagi Universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain .
- Pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat di IPTA ke peringkat Gred Turus III , II dan I serta dianugerahkan sebagai professor ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
* Mempergiat program latihan dan kemahiran :
- Menyediakan dana bagi mempergiat "Program Industrial Skill Enchantment" di pusat latihan kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan negeri untuk meningkatkan.
- Graduan jurusan lain digalakkan untuk menggembangkan kompentensi dan kebolehpasaran melalui program pentauliahan professional , pembangunan sukan , keusahawanan , skim pengurusan kebolehpasaran siswazah dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
* Program Latihan 1 Malaysia :
- Dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baharu.
* Meningkatkan produktiviti pekerja :
- Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk meningkatkan produktiviti pekerja .
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan peluang bekerja dan produktiviti tenaga buruh.
* Memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi.
- Menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja ( pekerja separa masa ) bagi mengalakkan penyertaan lebih banyak wanita sebagai pekerja separuh masai.
- Sumbangan wanita didalam pembangunan modal insan tidak boleh dinafikan kerana wanita yang tidak bekerja, membantu urusniaga keluarga, menjadi surirumah sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial serta pembangunan keluarga.
* Pembangunan modal insan menurut perspektif Islam adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah bangunan. Pembangunan insan ini pula dibangunkan dalam diri dan di luar diri manusia ia bergerak seiring dengan pembangunan dan tidak boleh diasingkan dalam rangka kerja yang lain. Ini kerana pembangunan Islam ialah pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi rohani dan jasmani serta dunia dan akhirat. Tiada istilah insan selaku modal yang memberi keuntungan material kerana material hanya satu bahagian dari matlamat yang ingin dicapat. Pembangunan modal insan yang dilaksanakan adalah untuk penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek .
* Modal insan adalah teras kepada pembangunan negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020 . Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri , masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing- masing.
* Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
* Modal insan adalah teras kepada pembangunan negara. Pembangunan aspek modal insan sangat penting bagi menjadikan negara lebih berdaya saing. Ia sememangnya menjadi cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020 . Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk dirinya sendiri , masyarakat dan negara. Bersusah payah meningkatkan tahap pendidikan adalah usaha murni yang hanya akan dikecapi dalam jangka masa panjang. Ia selari dengan perkembangan dunia yang menyaksikan persaingan sihat antara negara untuk memperkasakan pendidikan masing- masing.
* Pendidikan menguatkan pembinaan modal insan. Individu yang berpendidikan lebih berjaya di tempat kerja dan kurang memerlukan bantuan. Keluarga yang berpendidikan juga akan membantu memperkukuhkan modal insan setiap individu yang ada di dalamnya. Modal insan yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional yang kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Sepanjang tempoh RMK-9, kerajaan akan terus giat membangunkan modal insan untuk memacu transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
assalamualaikum..saya ingin mohon kebenaran untuk mrngambil beberapa maklumat daripada penulisan ini untuk kajian saya..boleh saya dapatkan nama penulis? sebab saya nak kena letak nama penulis nya dalam penulisan saya sebagai sumber rujukan..
ReplyDeleteboleh email kpd hmohdhaziqi@yahoo.com
Blackjack Casino Roll
ReplyDeleteThe Blackjack 스포츠스코어 casino rolls bet365 in, pays 잭팟 시티 out, spins, or plays a standard of blackjack on every hand. The casino has 샌 브루노 blackjack, roulette, and 포커 스트레이트 casino games on
Harrah's Cherokee Casino Resort - Dr.MCD
ReplyDeleteHARRAH'S CHEROKEE CASINO & RESORT in Cherokee, NC is located 시흥 출장안마 in the 진주 출장안마 heart 진주 출장샵 of the Great Smoky Mountains 태백 출장샵 of Western North Carolina. 정읍 출장마사지 The casino's 45000 square foot gaming space